Monday, December 27, 2010

ber"ketam"s

"ketam nipah"
agak memenatkan tuk dptkn si ketam2
tp biler dah dpt, hahaha mmg jdik mangsa tuk di ratah bsama2:))
dah lame xmndi laut, skali p mandi t'telan air laut...masin rupanya hahaha:))
"mengamati suasana pantai di waktu petang"
"bento" klu xsilap lar perangkap ketam ni
  "meratah ketam b'sama2 setelah kepenatan bermndi mnda:))"
"pondok-pondok" hahaha, lawakan 
"ketam di salai, ambo yg kepanasan:))"
 

Saturday, December 11, 2010

"orang bijak"

Orang bijak senang bergaul dengan orang bijak sahaja, biasalah;
Orang tidak bijak suka bergaul dengan orang yang tidak bijak, lumrah;
Orang yang bijak merendah diri bergaul dengan orang yang tidak bijak, hebat;
Orang yang kurang bijak tapi bijak bergaul dengan orang bijak-bijak...antara mereka, siapa yang lebih bijak?

Orang yang bijak, bijak melayani orang yang kurang bijak dengan cara yang paling bijak.

Bijakkah kita jika sering menganggap orang lain tidak bijak?

BIJAKSANA ; Kita yang rasa diri kita bijak atau orang lain terasa kebijaksanaan kita?

"lari2 anak ;)"

 " kne detail lari pd pg sbtu, nama pun detail so larian stakat yg mampu jer'
smpai2 jer dpat baju free and nombot, jgan wat g kdai "sukan" udah hahaha:))
dgan x sarapan ape, lari jgak sbb dpat cuci mate, smgat2:))
nasib baik ingat buah hati, klu x ngurat dah diorg hahaha...
smpai2 jer kat garis penamat trus diorg bg air mineral and sijil kononnya
ok lar, dr xdpt ape :) eh ade, dpt pnat:))
"sponsor tuk larian serentak 1 m'sia"
" wakil dr no6 skn"


Thursday, December 9, 2010

"wedding"

"berlakunya peristiwa ini pada 05 Disember 2010 di mana telah d persndingkan CICIK and CIK NUR dengan penuh meriah dgn d selangkan silat dan karaoke. Walaupun kdaan agak panas tidak seperti hari2 yg lepas, majlis tetap bjalan dgn lancar, amin...syukran2 ;)"

Thursday, December 2, 2010

"conteng2"

>ganas x hahahahaha<

>senyum hahahahah<

>serius hahaaa<

Saturday, November 27, 2010

Nescafe 3 in 1 merosakkan jantung & buah pinggang

Zaman skarang ni, banyak penyakit datang dari pemakanan..
Beberapa hari lepas saya dikunjungi oleh seorang pelajar lelaki tahun akhir. Sudah beberapa bulan pelajar ini tidak bertemu dengan saya. Pelajar ini mengemukakan beberapa masalah kumpulannya untuk diselesaikan oleh saya sebagai seorang penasihat akademiknya. Alhamdulillah masalah dapat diselesaikan.
Selepas hajat terlaksana, pelajar ini yang saya namakan sebagai Ahmad menukar topik kepada topik kesihatan dirinya. Beliau mengadukan masalah dirinya. Beliau dapat merasakan kemerosotan tahap kesihatan dirinya. Berikut adalah antara tanda-tanda yang dapat
dikenalpasati:
Kerap berdebar tidak menentu masa. Kadang-kadang waktu membaca tiba-tiba jantung / dada berdebar dengan laju.
1. Bila jantung berdebar ini berlaku, ia akan diikuti dengan dahi berpeluh 2. Beliau juga kerap merasakan kesakitan pada dadanya.
3. Sering mencungap dan kadang-kadang kala sewaktu sembahyang pun mencungap. 4. Semakin tidak tahan atau alah dengan panas terik matahari dan jikalau kena panas, badannya akan banyak berpeluh dan tidak selesa. 5. Jikalau tahun lepas, kekerapan simptom-simptom di atas agak jarang namun kebelakangan ini, kekerapan kejadian semakin kerap sehingga satu kali serangan dalam setiap 2/3 hari. 6. Tapak tangannya.semakin basah.
Berdasarkan simptom yang saya perolehi saya terus menyoal tabiat permakanannya. Selepas mendapat data yang dikehendaki saya pun memberikan penjelasan 'Ahmad, engkau ni walau pun usia masih muda, jantung engkau sudah bermasalah. Punca masalah engkau ini

adalah kerana engkau kerap meminum Nescafe 3 in one. Nescafe adalah tidak baik dan merosak buah pinggang manakala krimer yang terdapat di dalam campuran ini sangat merosak jantung. Krimer ini bukan diperbuat dari susu tetapi adalah dibuat dari kelapa sawit (non dairy creamer)'
Selanjutnya saya menasihati Ahmad untuk melakukan perkara berikut untuk merawat jantungnya:
1. Elakkan dari meminum Nescafe yang merosak buah pinggang dan elakkan sama sekali apa jua jenis krimer yang dibuat dari selain susu (non dairy creamer) 2. Elakkan dari mengambil coffee mate kerana ia adalah
non dairy creamer 3. Elakkan makan ais krim kerana mengandungi krimmer yang tinggi 4. Elakkan susu pekat manis yang mengandungi krimer dari selain susu. 5. Elakkan memakan sebarang makanan yang mengandungi margarine 6. Elakkan memakan burger, naget, kentang goreng, potato chip dan segala yang sewaktu dengannya 7. Elakkan mandi selepas makan 8. Amalkan amalan: Ambil segenggam kacang hijau, rendam dalam air kira-kira 10 minit,selepas itu rebus asal masak dan bukan rebus sehingga pecah tanpa membubuh garam. Selepas itu buang air rebusan dan makanlah kacang hijau ini dan amalkan amalan ini setiap hari. 9. Boleh beli jintan hitam dan makan setiap hari atau pun belilah yang sudah siap diproses atas nama habbatussauda 10. Amalkan makan sayuran pahit seperti kailan, peria, pegaga, daun ubi, pucuk betik, ulam-ulam dsbnya. 11.. Kurangkan makan nasi lemak terutama sekali nasi lemak di kedai kerana mereka mencampurkan minyak masak kepada

nasi lemak agar nasi lemak ini kelihatan cantik berderai dan tidak melekat.

Kepada yang mulai menghadapi masalah dengan jantungnya atau yang sudah lama bermasalah jantung, bolehlah mengamalkan amalan di atas.
Sekian wassalam wallahuaqlam.

Tuesday, November 23, 2010

membuat perangkap nyamuk...

Cubalah, mana tau dengan teknik ini kita dapat mencegah denggi dan chikungunyaIa hanya dari satu campuran air, gula perang dan yis.

1. Potong satu botol plastik dalam setengah, menyimpan bahagian yang kedua.

2. Mengambil bahagian bawah botol. Campurkan gula perang (brown sugar) dalam air panas. Kemudian biarkan ia sejuk dalam 22 darjah celcius

3. Tambahkan yis. Karbon dioksida akan membentuk (Ini akan menarik nyamuk-nyamuk)

4. Tutup botol dengan sehelai kain gelap dan meletakkan bahagian atas biarkan ada corong. Tempat ia dalam satu sudut dalam rumah anda. Spt gambar di bawah

5. Dalam masa 2 minggu anda akan terperanjat melihat bilangan nyamuk yang terperangkap

perangkap nyamuk @ isuhangat

Monday, November 15, 2010

nak tahu jantina laptop

Kali ni nak kongsi macam mana nak tahu jantina laptop/komputer korang.Lelaki atau perempuan.
1.Langkah pertama buka notepad.Lepas itu taip perkataan dibawah dalam notepad.(jgn copy and paste)
CreateObject(“SAPI.SpVoice”).Speak”I love YOU”
2.Kemudian save as dengan nama
i love you.vbs
3.Tutup file tu,Kemudian buka balik file tu.Nanti akan keluar suara “i love u”.Kalau keluar suara lelaki tu maknanya laptop korang jantina lelaki dan begitula sebaliknya.


Wednesday, November 10, 2010

10 tabiat rosakkan otak.

1. Tidak mengambil sarapan pagi
  • Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan menjadikannya kurang aktif.
2. Terlebih makan
  • Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak.
3. Perokok
  • Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan boleh mengakibatkan penyakit ‘Alzheimer’.
4. Penggunaan gula yang berlebihan
  • Pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Selain daripada itu, ia akan mengganggu perkembangan otak yang sihat.
5. Pencemaran udara
  • Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia. Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.
6. Terlebih tidur
  • Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati.
7. Menutup muka ketika tidur
  • Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak.
8. Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan kurang sihat
  • Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak.
9. Kurang berimiginasi
  • Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita. Kurangnya berimiginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan/keaktifan otak menurun.
10. Jarang berfikir
  • Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang aktif. Oleh itu, perbincangan yang membina boleh menambah keberkesanan kecerdasan otak kita.

Monday, November 8, 2010

labuan tour xhabis

>ku renung jauh ke atas<

 >menara condong(chimney, labuan)<

 >burung bjambul d kepala<
>burung apakah itu<

30 Perkara Perempuan Tak Sempat Bagitau Lelaki..

Dahsyat sungguh pompuan ni...banyak perkara yang mana perempuan lebih suka difahami secara tersirat. ye ke tak sempat bagitau?silakan baca.  

1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya. 
2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.  
3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan). 
4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain. 
5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!! 
6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian. 
7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akan lakukan apa saja.  
8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan. 
9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka. 
10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna. 
11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita. 
12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut. 
13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan. 
14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam. 
15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu. 
16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya. 
17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!! 
18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.  
19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta. 
20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah dirinya sendiri. 
21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!  
 22. Satu ucapan 'Hi/Assalamualaikum' sahaja sudah cukup menceriakan harinya. 
23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.  
24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik. 
25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi. 
26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati.. 
 27. Senjata wanita adalah airmata!! 
 28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya  (hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis). Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati. Dengan i! ni dia tak akan ragu-ragu terhadapmu. 
29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya. So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah... 
30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa. 

Note: tidak semestinya 30 perkara diatas semuanya wujud dalam diri setiap wanita..tapi zaman sekarang ni lelaki pun ramai yang 'apply' perkara-perkara diatas tu .  :-)  

Monday, November 1, 2010

Detect a HIDDEN CAMERA

*How to detect a HIDDEN CAMERA in changing rooms in garment shops & boutiques........ In front of the changing room, take your mobile phone and make sure that your mobile can make calls.
 
**Then enter into the changing room, and make a call. **

**If u can't make a call, there is a hidden camera. **

**This is due to the interference of fiber optic during the signal transfer**

**To prevent our innocent sisters and ladies from HIDDEN CAMERAS AND UNSOLICITED STARRING ROLES IN PASAR MALAM VIDEOS . **

BAHAGIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
IBU PEJABAT POLIS BUKIT AMAN

jdik duyung=))

menunggu kaki itik xkluar2:p

 jejaka nov '01(bleh masuk dlm majalah mangga x:)))

Sunday, October 31, 2010

WASIAT RASULULLAH S.A.W ~~~MENYAMBUT PENGANTIN..

Telah menceritakan kepada kami oleh 'Amru bin Hafsah dan Abu Naar dari Muhammad Bin Husaif dari Mujahid daripada Al-Khudri yang berkat: "Rasulullah S.A.W. telah berwasiat kepada Saydina Ali Bin Abi Talib r.a dimana baginda telah bersabda...

Pertama:
Wahai Ali, apabila pengantin perempuan masuk dlm rumahmu, maka suruh ia tanggalkan kasut dan basuh kedua kakinya..kerana apabila kamu berbuat demikian maka Allah akan  mengeluarkan (70) jenis kefaqiran dari rumah kamu dan Allah akan  menurunkan (70) rahmat yang sentiasa menaugi di atas kepala pengantin sehingga sentiasa keberkatan itu meratai setiap penjuru rumahmu dan pengantin itu sejahtera dan dijauh dari penyakit gila,sawan babi dan sopak selama mana ia berada di dalam rumah tersebut...

Keduanya:
Laranglah pengantin dari makan dan minum 4 jenis makanan ini pada minggu pertama perkahwinan iaitu~~~SUSU~~CUKA~~~CORIANDER(KETUMBAR)~~EPAL MASAM...

Saydina Ali r.a bertanya~~~"Wahai Rasulullah S.A.W, mengapa empat jenis makanan ini dilarang?"

Baginda menjawab :
"Kerana rahim perempuan itu kering dan sejuk, dengan sebab dari empat perkara (makanan) ini untuk menghalang dari    mendapat anak. Sesungguhnya tikar di penjuru rumah adalah lebih baik daripada perempuan yang tidak dapat anak."

Saydina Ali r.a bertanya~~~""Wahai Rasulullah S.A.W. mengapa CUKA itu dilarang?(Semasa haid dan semasa minggu pertama perkahwinan)

Baginda menjawab :
"Apabila ia minum CUKA! semasa haid, sesungguhnya haidnya itu tidak akan bersih selama-lamanya secara sempurna.
"Mengenai CORIANDER(KETUMBAR)! pula, ia akan menganggu haid di dalam perutnya dan menyukarkan kepada kelahiran.
"Tentang EPAL MASAM! ia memotong haid sebelum masanya, maka menjadikan haid itu berlalu begitu sahaja dengan sebabnya.

Saturday, October 30, 2010

RAHSIA WUDHU'

Syarat mendirikan solat ialah mengambil wudhuk . Tentu tidak sah jika kita mengerjakan solat lima waktu tetapi meninggalkan wudhu’. Pernahkah kita terfikir dengan perintah Allah SWT dengan perbuatan yang nampak remeh ini. Kenapa tidak?? Kenapa tangan bersama dengan air menyentuh anggota-anggota tubuh. Kenapa wajah yang dibasuh? Kenapa mesti telinga?

Banyak rahsia dalam kandungan wudhu’ yang hanya Allah Maha Mengetahui namun antara rahsia wudhu’ yang dapat diungkapkan ialah:

Setiap perintah Allah SWT tentu memiliki hikmah kebaikan disebaliknya. Lima pancaindera kenapa semua tanpa terkecuali disapu oleh air wudhu’. Mata, hidung, telinga & seluruh kulit tubuh. Ini betul-betul luar biasa.

Ahli syaraf/ neurologist pun telah membuktikan dengan air wudhu’ yang menyejukkan hujung-hujung urat syaraf jari-jari tangan dan jari-jari kaki berguna untuk menenangkan fikiran.

Anda tentu pernah mendengar akupunktur kan ? Cuba cari tahu dimana saja letak titik-titik sensitif yang sering digunakan dalam ilmu akupunktur? Lalu kemudian amati rukun wudhu’. InsyaAllah kita akan menemui persamaan antara keduanya.

Pada anggota badan yang terkena semasa berwudhu’ terdapat ratusan titik akupunktur yang merupakan titik penerima ransangan terhadap sentuhan berupa basuhan, gosokan, usapan, dan tekanan/urutan ketika melakukan wudhu’. Sentuhan tersebut akan dihantarkan ibarat signal ke sel, jaringan, organ dan sistem organ yang bersifat terapi. Ini terjadi kerana adanya sistem komunikasi iaitu sistem syaraf dan hormon bekerja untuk mengadakan homeostasis (keseimbangan). Titik-titik akupunktur, suatu fenomena yang menarik bila dibandingkan dengan syariat wudhu yang disyari’atkan 15 abad yang lalu.

Jumlah Titik Akupunktur Pada Anggota Wudhu’(rukun dan sunat)

Muka 84 Tangan 95 Kepala 64 Telinga 125 Kaki 125 Jumlah keseluruhan = 493!

Ternyata terdapat 493 titik penerima ransangan pada anggota wudhu’!!

Subhanallah!! Bayangkan jika kita melakukan itu setiap hari paling sedikit 5 kali sehari…

Kita tidak harus memandang ringan semasa menjalani wudhu. Mengapa? Cuba ingat semasa kita membasuh tapak kaki & tangan…apakah celah-celah jari sering kita abaikan? Ternyata ada fakta menarik yang ingin saya kongsikan:

Dari ilmu ahli akupuntur, di celah-celah jari terdapat 16 titik akupunktur yang mana titik-titik tersebut apabila dirangsang yang istmewa yang dapat mengubati migrain, sakit gigi, tangan-lengan merah, bengkak, dan jari kaku.

Berkenaan telinga pula, walau pun ia adalah amalan sunat, ia mengandungi 30 titik ransangan! Maka, semasa menyapu telinga itu jangan cuma membasuh saja, tapi harus dengan urutan lembut juga. Selepas ini sebaiknya kita tidak meninggalkan amalan sunat semasa berwuduhu’ kerana setiapnya mempunyai titik penerima ransangan.

Titik akupuntur di telinga. 125 disentuh semasa mengambil wudhu’.

Subhanallah…sungguh luar biasa rahsia wudhu’

Azab Bagi Wanita


(tlg ingatkan kpd semua kaum  perempuan yg anda kenal)

Sayidina Ali ra menceritakan suatu ketika melihat        
Rasulullah saw menangis manakala ia datang bersama Fatimah.

Lalu keduanya bertanya mengapa Rasulullah saw menangis. Beliau menjawab,

"Pada malam aku di-isra'- kan , aku melihat perempuan-perempuan yang sedang disiksa dengan berbagai siksaan. Itulah sebabnya mengapa aku menangis. Karena, menyaksikan mereka yang sangat berat dan mengerikan siksanya.  

Putri Rasulullah saw kemudian menanyakan apa yang dilihat ayahandanya.  "Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otaknya mendidih.  

Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat  ke belakang dan timah cair dituangkan ke dalam tengkoraknya.

Aku lihat perempuan tergantung kedua kakinya dengan terikat tangannya sampai ke ubun-ubunnya, diulurkan ular dan kalajengking.

Dan aku lihat perempuan yang memakan badannya sendiri, di  bawahnya dinyalakan api neraka. Serta aku lihat perempuan yang bermuka hitam, memakan tali perutnya sendiri.  

Aku lihat perempuan yang telinganya pekak dan matanya buta, dimasukkan ke dalam peti yang dibuat dari api neraka, otaknya keluar dari lubang hidung, badannya berbau busuk karena penyakit sopak dan kusta.

Aku lihat perempuan yang badannya seperti himar,          
beribu-ribu kesengsaraan dihadapinya. Aku lihat perempuan yang
rupanya seperti anjing, sedangkan api masuk melalui mulut dan keluar dari duburnya sementara malikat memukulnya dengan pentung dari api neraka,"kata Nabi saw.

Fatimah Az-Zahra kemudian menanyakan mengapa mereka
disiksa seperti itu?                                                                                                 

*Rasulullah menjawab, "Wahai putriku, adapun mereka yang  tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak menutup rambutnya sehingga terlihat oleh laki-laki yang bukan muhrimnya.  

*Perempuan yang digantung susunya adalah istri yang 'mengotori' tempat tidurnya.  

*Perempuan yang tergantung kedua kakinya ialah perempuan  yang tidak taat kepada suaminya, ia keluar rumah tanpa izin suaminya, dan perempuan yang tidak mau mandi suci dari haid dan nifas.                                                                                                 
*Perempuan yang memakan badannya sendiri ialah karena ia  berhias untuk lelaki yang bukan muhrimnya dan suka mengumpat orang lain.

*Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka karena ia memperkenalkan dirinya kepada orang  yang kepada orang lain bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat laki-laki yang bukan muhrimnya.                                                                 
*Perempuan yang diikat kedua kaki dan tangannya ke atas ubun-ubunnya diulurkan ular dan kalajengking padanya karena ia bisa solat tapi tidak mengamalkannya dan tidak mau mandi junub.                                                                                               

*Perempuan yang kepalanya seperti babi dan badannya  seperti himar ialah tukang umpat dan pendusta. Perempuan  yang menyerupai anjing ialah perempuan yang suka memfitnah dan membenci suami."Mendengar itu, Sayidina Ali dan Fatimah Az-Zahra pun turut menangis.    
                                                                                
Dan inilah peringatan kepada kaum perempuan.                                                                        

Wednesday, October 27, 2010

she is the one....



"casanova" pernah dengar, nama sebenar beliau ialah Giacomo Girolamo Casanova de Seingalt, dari Venezia, mana tu? jangan tanya:p  di kenali sebagai playboy yang pandai bermain dengan kata2....bagaimanakah untuk menjadi seperti beliau, maka di tanyakan kepada casanova apa rahasia untuk menjadi seorang womanizer, penakluk wanita?
Apa jawab Casanova? Casanova menjawab cuma ada 2 rahsia. Yang pertama, jika kita ingin dicintai oleh wanita, maka kita harus merasa bahwa diri kita layak dicintai. Yang kedua, jadilah pemikat, bukan pengejar. 


 

Skinny Jeans dangerous???

Though skinny look great doctors say they can be dangerous for our health. According to some experts tight might cause a nerve problem called meralgia paresthetica.
Together with high stilettos skinny put great pressure on the femoral cutaneous nerve that runs through the thigh. As a result ladies often feel tingling and burning through the leg.
The affliction has already been named as “tingling thigh syndrome. A woman who developed the one said:
It felt really strange – it felt like my leg had gone to sleep.”
However, the condition is not new and has largely appeared in construction workers, pregnant women and obese people; even young, fit women do suffer it sometimes.
Dr. John England of the American Academy of Neurology said:
The nerve, in some people, is susceptible to compression. It is a pure sensory nerve – it doesn’t go to muscles or provide strength. Anything that is tight around there could potentially compress the nerve that goes there.”
But before you decide to throw your skinny britches away, remember that the damage is not permanent as it is eliminated as soon as you remove the pressure.
Just don’t wear skinnies all the time, make alterations in your appearance and everything’s going to be all right.

Sunday, October 24, 2010

teka-teki..

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya
lalu beliau bertanya ( Teka Teki ) :

Apa yg paling dekat?

Imam Ghazali = " Apakah yang paling dekat dengan diri kita di
dunia ini ?"
Murid 1 = " Orang tua "
Murid 2 = " Guru "
Murid 3 = " Teman "
Murid 4 = " Kaum kerabat "
Imam Ghazali = " Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan
kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap
yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).

Apa yg paling Jauh?

Imam Ghazali = " Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?"
Murid 1 = " Negeri Cina "
Murid 2 = " Bulan "
Murid 3 = " Matahari "
Murid 4 = " Bintang-bintang "
Iman Ghazali = " Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar
adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita
tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus
menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan
perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama".

Apa yg paling besar?

Iman Ghazali = " Apa yang paling besar didunia ini ?"
Murid 1 = " Gunung "
Murid 2 = " Matahari "
Murid 3 = " Bumi "
Imam Ghazali = " Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah
HAWA NAFSU (Surah Al A'raf: 179). Maka kita harus
hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka."

Apa yg paling berat?

Imam Ghazali = " Apa yang paling berat didunia "
Murid 1 = " Baja "
Murid 2 = " Besi "
Murid 3 = " Gajah "
Imam Ghazali = " Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG
AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ).
Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika
Allad SWT meminta mereka menjadi khalifah
(pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut
menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak
manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah."

Apa yg paling ringan?

Imam Ghazali = " Apa yang paling ringan di dunia ini ?"
Murid 1 = " Kapas"
Murid 2 = " Angin "
Murid 3 = " Debu "
Murid 4 = " Daun-daun"
Imam Ghazali = " Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan
sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita
atau urusan dunia, kita tinggalkan solat "

Apa yg paling tajam?

Imam Ghazali = " Apa yang paling tajam sekali didunia ini "
Murid- Murid dengan serentak menjawab = " Pedang "
Imam Ghazali = " Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini
adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia
dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasan saudaranya sendiri "

Saturday, October 23, 2010

suatu hari...

Suatu hari seorang ayah kepada sebuah keluarga
yang sangat berada membawa anak lelaki kecilnya
melawat kawasan perkampungan, dengan niat
hendak memperlihatkan kepada anaknya itu bagaimana
kehidupan orang miskin.

Mereka berdua menghabiskan masa selama dua hari,
dua malam di sebuah ladang milik sebuah keluarga
yang boleh dianggap daif.

Semasa dalam perjalanan pulang dari lawatan itu,
si ayah menanyakan anaknya

"Bagaimana dengan lawatan kita itu?"

"Ia sungguh menyeronokkan,ayah" jawab si anak.

"Nampak tak bagaimana keadaannya orang susah hidup?"
Tanya si ayah.

"Oh ya.." kata si anak.

"Jadi apakah yang telah kamu pelajari dari lawatan itu?"
Tanya si ayah lagi.

Si anak menjawab

"Saya nampak yang kita mempunyai seekor anjing dan
mereka ada empat ekor.
Kita mempunyai kolam renang yang luasnya
menjangkau ke tengah taman kita, dan mereka memiliki
anak sungai yang panjangnya tidak berpenghujung".

"Kita mempumyai lampu-lampu impot di dalam
taman kita, dan mereka memiliki bintang-bintang di waktu malam.
Veranda rumah kita luasnya hingga ke laman depan dan laman
yang mereka ada luas nya saujana mata memandang."

"Kita mempunyai sebidang tanah kecil untuk tempat kediaman dan mereka ada padang-padang yang luasnya tak terhingga.
Kita ada pembantu rumah bekerja untuk kita
dan mereka pula berkhidmat dan memberi makanan untuk orang lain".

"Kita membeli makanan kita dan mereka menanamnya sendiri.
Kita mempunyai dinding-dinding di sekeliling kawasan rumah kita
dan mereka ada rakan taulan yang menjaga dan melindungi mereka."

Mendengarnya si ayah tidak terkata apa-apa.

Kemudian si anak menambah

"Terima kasih ayah kerana menyedarkan saya betapa miskinnya kita."

dduk atas, tgok bawah, diam!!


"detachment"
emmm dulu memang best dpt g jalan2
skung best tu ada lagi tapi xbapa nak best lar sebab kne duduk lama sngat kat atas
otak boeh jadik mereng
telinga boleh jadi pekak oooo.... what is the...

roda kehidupan:D


kehidupan manusia seperti roda yang berpusing
ade yang naik, ade yang turun
kadang kala turun xnak naik2 is is is.....
so kita jangan lah dduk didalam kotak yang sama sahaja
maka bila dah ade kotak baru
cara kehidupan pun boleh berubah
tetapi bila kehidupan sudah berada di atas
jangan lah lupa org mmbntu tuk naik ke atas
janganlah makan duit bawah meja
janganlah meninggalkan ajaran islam
janganlah lupakan kewajipan mu tuk mmbayar zakat
janganlah lupa org tua mu
janganlah lupa untuk memberikan sdikit kpada anak2 yatim
maka itu jika kamu tidak buat
segala yang kamu usahakan
hanya bererti di atas muka bumi nie shaja
bersyukurlah atas apa yang telah di berikan
maka hidup kamu akan lebih bermakna di dunia dan akhirat....wassalam