Saturday, October 23, 2010

suatu hari...

Suatu hari seorang ayah kepada sebuah keluarga
yang sangat berada membawa anak lelaki kecilnya
melawat kawasan perkampungan, dengan niat
hendak memperlihatkan kepada anaknya itu bagaimana
kehidupan orang miskin.

Mereka berdua menghabiskan masa selama dua hari,
dua malam di sebuah ladang milik sebuah keluarga
yang boleh dianggap daif.

Semasa dalam perjalanan pulang dari lawatan itu,
si ayah menanyakan anaknya

"Bagaimana dengan lawatan kita itu?"

"Ia sungguh menyeronokkan,ayah" jawab si anak.

"Nampak tak bagaimana keadaannya orang susah hidup?"
Tanya si ayah.

"Oh ya.." kata si anak.

"Jadi apakah yang telah kamu pelajari dari lawatan itu?"
Tanya si ayah lagi.

Si anak menjawab

"Saya nampak yang kita mempunyai seekor anjing dan
mereka ada empat ekor.
Kita mempunyai kolam renang yang luasnya
menjangkau ke tengah taman kita, dan mereka memiliki
anak sungai yang panjangnya tidak berpenghujung".

"Kita mempumyai lampu-lampu impot di dalam
taman kita, dan mereka memiliki bintang-bintang di waktu malam.
Veranda rumah kita luasnya hingga ke laman depan dan laman
yang mereka ada luas nya saujana mata memandang."

"Kita mempunyai sebidang tanah kecil untuk tempat kediaman dan mereka ada padang-padang yang luasnya tak terhingga.
Kita ada pembantu rumah bekerja untuk kita
dan mereka pula berkhidmat dan memberi makanan untuk orang lain".

"Kita membeli makanan kita dan mereka menanamnya sendiri.
Kita mempunyai dinding-dinding di sekeliling kawasan rumah kita
dan mereka ada rakan taulan yang menjaga dan melindungi mereka."

Mendengarnya si ayah tidak terkata apa-apa.

Kemudian si anak menambah

"Terima kasih ayah kerana menyedarkan saya betapa miskinnya kita."

No comments:

Post a Comment