Sunday, April 22, 2012

MASA YANG SESUAI UNTUK MINUM AIR.



Minum dua gelas air masak - SELEPAS BANGUN TIDUR. Ianya membantu mengaktifkan organ dalaman.

Minum segelas air masak - 30 MINIT SEBELUM MAKAN. Ianya membantu penghadaman dan membuatkan perut lebih bersedia memberi ruang untuk kemasukan makanan.

Minum segelas air masak - SEBELUM MANDI. Ianya membantu pengaliran darah dan mengurangkan tekanan darah.

Minum segelas air masak - SEBELUM TIDUR. Ianya dapat mengelakkan terkena strok dan serangan jantung ketika tidur..

Monday, April 16, 2012

TIPS MENGATASI MASALAH KURANG SUSU

1. Tambah masa dan kekerapan
--> Asas utama dalam penyusuan susu ibu adalah Demand & Supply. Lebih kerap menyusukan dan pump, lebih banyak susu dihasilkan. Cuba pump setiap kali selepas bayi menyusu. Antara masa terbaik untuk pump adalah antara waktu malam ke pagi kerana hormon prolaktin yang tinggi ketika ini. Ambil sedikit masa untuk pump setiap kali lepas bangun tidur. Pump juga mesti konsisten mengikut jadual kerana ini akan melatih badan anda menghasilkan susu pada masa yang ditetapkan. Buat jadual perahan dan catatkan hasil perahan anda setiap kali selepas pump supaya anda dapat melihat perubahannya.

2. Minum air kosong yang mencukupi
--> Amalkan minum segelas air kosong setiap kali semasa menyusu. Target minimum 3L sehari.

3. Pemakanan seimbang
--> Susu lebih banyak dihasilkan ketika anda kenyang berbanding ketika lapar. Jangan tinggalkan sarapan pagi. Jika anda sedang menurunkan berat badan, makan dalam jumlah yang sedikit tetapi kerap supaya badan anda mendapat kalori yang diperlukan untuk menghasilkan susu.

4. Ambil makanan yang bersifat penggalak susu
--> Amalkan halba, oats, alfalfa, lobak putih, longan kering, kurma, air soya, sawi dan sebagainya. Namun keberkesananya berbeza mengikut individu.

5. Pengambilan supplement
--> Ramai ibu yang gagal mengamalkan diet seimbang. Kekurangan nutrisi penting boleh mengganggu penyusuan. Apatah lagi ramai yang berdiet, ambil perancang dan sebagainya. Jadi pengambilan supplement adalah alternative yang boleh membantu anda. Proses penyusuan sememangnya satu proses semulajadi. Namun, ia boleh terganggu sekiranya ibu tidak mempunyai pengetahuan tentang proses penyusuan susu ibu. Jika anda berazam untuk menyusukan anak, dapatkanlah seberapa banyak ilmu tentang penyusuan susu ibu sejak mengandung lagi. Ilmu adalah penting untuk membantu anda memastikan proses penyusuan yang lancar.

Ingatlah bahawa asas pengeluaran adalah Supply & Demand. Semakin kerap anda menyusu atau pump, semakin banyak susu dihasilkan. Pump murah atau mahal tidak menjadi persoalan. Tapi soalnya adakah anda cukup berdisiplin, konsisten dan sanggup mengerah tenaga dan masa untuk pump susu buat si kecil? Selain itu, sentiasa yakin dan positif bahawa “SUSU SAYA BANYAK” dan sentiasa berdoa minta dimurahkan rezeki anak.

10 FAKTA MENARIK TENTANG KELAHIRAN


1. Hanya 5% bayi yang lahir pada tarikh EDD (Estimated Due Date) mereka. Kebanyakannya lahir antara minggu ke 37 dan 42 kehamilan.

2. Sehingga bersalin, rahim ibu akan mengembang 500 kali ganda dari saiz normal untuk menampung kandungannya.

3. Purata darah yang hilang melalui proses kelahiran normal adalah 500ml.

4. 80% wanita mengalami sindrom “Baby Blues” semasa 2 minggu terawal selepas bersalin disebabkan oleh perubahan hormon badan.

5. Hanya 1 daripada 10 wanita mengalami pecah air ketuban sebelum proses bersalin bermula. Kebanyakan wanita hanya akan mengalaminya apabila mereka telah bersedia untuk meneran keluar bayi.

6. Badan manusia hanya mampu menanggung kesakitan sehingga 45 Del. Tetapi semasa bersalin ibu akan mengalami sehingga 57 Del yang bersamaan dengan 20 tulang dipatahkan serentak.

7. Apabila seorang ibu mula sakit hendak bersalin, tercatatlah pahala jihad baginya.

8. Apabila seorang ibu melahirkan anak, terhapuslah dosa-dosa lepas bagi wanita itu.

9. Ibu bersalin akan dapat pahala 70 tahun solat dan puasa.

10. Setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah hadiahkannya pahala menunaikan haji.