Monday, April 16, 2012

TIPS MENGATASI MASALAH KURANG SUSU

1. Tambah masa dan kekerapan
--> Asas utama dalam penyusuan susu ibu adalah Demand & Supply. Lebih kerap menyusukan dan pump, lebih banyak susu dihasilkan. Cuba pump setiap kali selepas bayi menyusu. Antara masa terbaik untuk pump adalah antara waktu malam ke pagi kerana hormon prolaktin yang tinggi ketika ini. Ambil sedikit masa untuk pump setiap kali lepas bangun tidur. Pump juga mesti konsisten mengikut jadual kerana ini akan melatih badan anda menghasilkan susu pada masa yang ditetapkan. Buat jadual perahan dan catatkan hasil perahan anda setiap kali selepas pump supaya anda dapat melihat perubahannya.

2. Minum air kosong yang mencukupi
--> Amalkan minum segelas air kosong setiap kali semasa menyusu. Target minimum 3L sehari.

3. Pemakanan seimbang
--> Susu lebih banyak dihasilkan ketika anda kenyang berbanding ketika lapar. Jangan tinggalkan sarapan pagi. Jika anda sedang menurunkan berat badan, makan dalam jumlah yang sedikit tetapi kerap supaya badan anda mendapat kalori yang diperlukan untuk menghasilkan susu.

4. Ambil makanan yang bersifat penggalak susu
--> Amalkan halba, oats, alfalfa, lobak putih, longan kering, kurma, air soya, sawi dan sebagainya. Namun keberkesananya berbeza mengikut individu.

5. Pengambilan supplement
--> Ramai ibu yang gagal mengamalkan diet seimbang. Kekurangan nutrisi penting boleh mengganggu penyusuan. Apatah lagi ramai yang berdiet, ambil perancang dan sebagainya. Jadi pengambilan supplement adalah alternative yang boleh membantu anda. Proses penyusuan sememangnya satu proses semulajadi. Namun, ia boleh terganggu sekiranya ibu tidak mempunyai pengetahuan tentang proses penyusuan susu ibu. Jika anda berazam untuk menyusukan anak, dapatkanlah seberapa banyak ilmu tentang penyusuan susu ibu sejak mengandung lagi. Ilmu adalah penting untuk membantu anda memastikan proses penyusuan yang lancar.

Ingatlah bahawa asas pengeluaran adalah Supply & Demand. Semakin kerap anda menyusu atau pump, semakin banyak susu dihasilkan. Pump murah atau mahal tidak menjadi persoalan. Tapi soalnya adakah anda cukup berdisiplin, konsisten dan sanggup mengerah tenaga dan masa untuk pump susu buat si kecil? Selain itu, sentiasa yakin dan positif bahawa “SUSU SAYA BANYAK” dan sentiasa berdoa minta dimurahkan rezeki anak.

No comments:

Post a Comment